Sudah menjadi amalan bertahun-tahun di kalangan kita untuk beramal, dari semudah-mudah amal sehinggalah ke ibadah yang agak rumit. Spektrum ibadah ini memberikan kita ganjaran, bergantung kepada tahapnya.
Melalui hadis yang popular, kita mengambil maklum tentang kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas yang pahalanya adalah seperti membaca satu per tiga keseluruhan Al-Qur’an.
Maka kita, seperti kebiasannya, mengambil apa yang dikatakan sebagai jalan singkat melalui apa yang kita faham melalui hadis itu. Jika membaca Surah Al-Ikhlas sekali, pahalanya umpama membaca sepertiga Al-Qur’an, maka bagaimana mahu mengumpul keseluruhan pahala membacanya?
Kita mencongak dengan matematik mudah, dan lahirlah kehendak untuk membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali supaya kononnya bila dihitung, ia menjadi satu (keseluruhan Al-Qur’an). Kita berasa ini pun sudah mencukupi dan perasaan lega beribadah sudah lahir. Tidaklah salah secara prinsipnya jika ini menjadi perkiraan
Tetapi apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan sepertiga Al-Qur’an? Adakah hakitanya semata-mata pada berapa kali dibacakah atau hakikatnya adalah pada betapa Surah Al-Ikhlas ini satu surah yang compact?
Keseluruhan kandungan Surah Al-Ikhlas adalah mengenai prinsip ketuhanan yang tulen. Ia satu-satunya konsep ketuhanan yang diterima untuk sejagat – manuisawi, alam semesta, falsafah, dan sebaginya. Membaca maksud setiap ayat dalam surah ini adalah petuntuk kepada tunjang Islam.
Jadi, tidaklah menjadi pelik jika nilai pemberat surah ini adalah sepertiga Al-Qur’an. Ini kerana sepertiga kandungan Al-Qur’an adalah penerangan kepada prinsip yang ada Surah Al-Ikhlas – biarpun hanya empat ayat.
Membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali pun beroleh pahala, tetapi berfikiran bahawa surah ini adalah tunjang prinsip ketuhanan yang ada pada keseluruhan Al-Qur’an itu nampaknya lebih dikehendaki Tuhan.
Baca Surah Al-Ikhlas tiga kali
Updated: May 21