Saya pernah terdengar perbualan dua pekerja asing di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini. Berdasarkan pemerhatian pada penampilan dan barang, saya mengagak yang mereka berdua berasal dari dua negara berbeza.
Pemerhatian saya itu berdasarkan bahasa yang diguna oleh keduanya ketika bercakap. Mereka bertutur dalam bahasa Melayu.
Sudah tentu dari awal lagi saya tidak teragak untuk menyimpulkan yang mereka bukan dari negara yang sama, disebabkan salah seorang dari mereka bukanlah orang tempatan.
Oleh kerana - pada hemat saya - mereka tidak berbahasa Inggeris, maka lebih mudah mereka berbahasa Melayu, kerana ia bahasa kedua untuk berinteraksi di sini.
Bahasa kedua orang asing ini menjadi bahasa pertama di negara asing, dalam situasi bahasa utama antarabangsa tidak diguna.