top of page
Writer's pictureBen Hasan

Kembalikan semula karangka falsafah di universiti

Updated: May 21

  1. Ketika seorang Menteri Pendidikan pada 2019 mencadangkan supaya pengajian falsafah diperkenalkan sebagai kursus wajib di universiti awam, saya memilih untuk bersetuju dalam beberapa perkara.

  2. Saya berpandangan pengajian falsafah wajar dikembalikan semula menjadi wacana pemikiran pelajar di peringkat tinggi. Dalam sejarah tamadun Islam, falsafah bukanlah suatu yang asing sehinggakan suatu masa dahulu diletak setanding dengan cabang ilmu agama yang lain.

  3. Biarpun ada ketikanya sebilangan besar ilmuan tradisional Islam menawarkan pemikiran kritikal terhadap ilmu falsafah, kita tidak boleh sembunyikan fakta yang kelahiran ilmuan sains dan matematik Islam ada hibungkaitnya dengan keterbukaan rasional yang ditawarkan oleh ahli-ahli falsafah meskipun ia pada awalnya diilham dari ahli falsafah Yunani.

  4. Falsafah wajar diajar sebagai salah satu cara mendorong sifat ingin tahu dan mencari jawapan kepada persoalan why bagi setiap bidang pengkhususan yang diambil. Ia bukanlah semata-mata sekadar mencari ilmu dan kemudian terjun di lapangan kerja sehingga habis masa perkhidmatan. Maka agak rugilah jika pemikiran kita terhenti di tahap itu sahaja.

  5. Kita fikir, beberapa pengenalan falsafah yang memadai seperti falsafah sains, falsafah teknologi, falsafah perundangan, serta bebarapa subjek pengenalan sesuai patut diketengah kepada semua penuntut di menara gading.

  6. Pendekatan ini sedikit berbeza dengan apa yang dicadangkan pada tahun 2019 dahulu di mana falsafah akan di ajar sebagai satu subjek umum.

  7. Saya setuju yang falsafah bukanlah minat setiap orang. Tetapi setiap orang punyai satu sikap ingin tahu - iaitu why.





4 views

Recent Posts

See All

Tanpa arak, Melayu pun sama mabuk

Melayu yang kita kenal hari ini tidak akan sama sekali minum arak. Malah kita cepat-cepat memalingkan muka walaupun tertengok bahagian di...

Sistem pendidikan perlu 'defederalize'

Saya fikir sudah sampai masa sistem pendidikan negara perlu defederalize. Tanpa menafikan keperluan pendidikan diseragam dalam perkara...

Kuota pemain muda

Apabila FAM memperkenalkan strategi naturalisasi dalam bola sepak, nampaknya ia mula menampakkan hasil yang dingini. Masalah utama yang...

bottom of page