top of page
Writer's pictureBen Hasan

Khutbah ideal

Updated: Jul 11

  1. 2444 kali. Ini adalah jumlah khutbah yang seseorang akan dengar sepanjang usia dari 18 hingga 65 tahun.

  2. Dari jumlah yang banyak itu, berapa peratus kah jumlah khutbah yang kita kekal ingat sehingga kini?

  3. Saya sendiri mengakui sebenarnya tidaklah begitu banyak. Ia salah saya sendiri. Saya tidak mahu khutbah yang berbaki pun akan kekal begitu.

  4. Mahukah orang yang menulis dan menyampai khutbah pun sama-sama mahu membantu? Kalau berjaya, nama mereka pun saya mahu ingat.

  5. Saya fikir untuk sesuatu khutbah itu ideal, dan kekal diingati, isinya perlulah relevan.

  6. Saya pernah menulis yang hari Jumaat sepatutnya diubah menjadi permulaan minggu. Maka setiap kali kita berhimpun pada permulaan minggu, maka khutbah pun patut menjadi lebih fresh.

  7. Di samping menyampaikan peringatan dan ilmu agama, antara isi khutbah juga boleh dimuatkan situasi dan berita setempat yang berlaku sepanjang minggu. Seeloknya ia menjadi reflection mingguan kepada setiap orang.

  8. Masalah setempat, dari sekecil lorong di perumahan hinggalah sosioekonomi sebuah bandar, boleh sahaja disebut dan dicadang penyelesaiannya. Ia agar didengari oleh setiap anggota.

  9. Banyangkan selain dari pemahaman, tingkah laku ratusan ribu malah jutaan manusia diubaah sepanjang 2444 minggu ini. Ia diperelok sedikit demi sedikit.

  10. Berapa banyakkah tingkah laku buruk, dari paling bawah ke paling atas yang tidak disentuh ketika khutbah - walaupun semua tahu yang khutbah itu wajib, bukannya ceramah. Maka, sudah patut isi khutbah itu lebih hebat dari isi ceramah.

  11. Apa yang penting, khutbah itu janganlah dibaca, tetapi disampai. Yang di bawah, dengar dan faham sehabis baik.

6 views

Recent Posts

See All

Mencari ulama yang 100% pewaris nabi

"Ulama adalah pewaris para nabi." Kenyataan ini mempunyai dasar kukuh kerana ia datangnya dari hadis yang sahih, yang tidak ada keraguan....

bottom of page