top of page
Writer's pictureBen Hasan

Kuota pemain muda

Updated: May 21

  1. Apabila FAM memperkenalkan strategi naturalisasi dalam bola sepak, nampaknya ia mula menampakkan hasil yang dingini.

  2. Masalah utama yang sering menghantui skuad bola kita adalah ketidakupayaan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi secara fizikal. Dalam bola sepak moden, kekuatan fizikal menjadi faktor penentu penguasaan permainan di samping keupayaan teknikal dan strategi.

  3. Pun begitu, naturalisasi bukanlah jawapan jangka masa panjang bagi pembangunan bakat baru. Ia adalah jalan pintas - yang sekurang-kurangnya meletakkan kita kembali di landasan yang betul, iaitu bersaing dengan rantau luar.

  4. Saya fikir, antara salah satu pilihan yang agak mandatori adalah dengan meletakkan kuota pemain muda (bawah-23) untuk bermain dalam perlawanan liga dalam satu-satu masa. Di samping kuota import, kuota ini boleh menjadi perancangan untuk dilaksanakan.

  5. Buat masa ini, keberadaan pemain bawah-23 bukanlah diwajibkan. Ia adalah atas pilihan pasukan masing-masing.

  6. Kuota ini boleh jadi dua atau tiga pemain bawah-23 tahun untuk diangkat menjadi kesebelasan utama. Dengan ini, kita mengharapkan bakat-bakat baru dapat dilahir secara berterusan. Seterusnya, pemain muda berkualiti dapatlah dipilih ke skuad kebangsaan.

  7. Jika ia dilaksanakan, tidak dapat tidak, setiap kelab akan memandang serius terhadap pembangunan pemain muda berkualiti kerana ia adalah kuota mandatori. Sudah pasti tiada kelab yang mahu ketinggalan.

  8. Saya bersetuju liga junior juga mampu menghasilkan produk pemain muda berkualiti. Namun, ini adalah strategi berbeza dengan pendedahan langsung yang berbeza.

  9. Bayangkan impak yang kita boleh lihat sekiranya hampir 40 pemain muda dalam liga mendapat minit permainan mencukupi dengan bersaing secara kompetetif dengan pemain senior dan import. Dalam beberapa tahun, sudah tentu sekurang-kurangya beberapa pemain muda berkualiti dapat dijulang.

0 views

Recent Posts

See All

Tanpa arak, Melayu pun sama mabuk

Melayu yang kita kenal hari ini tidak akan sama sekali minum arak. Malah kita cepat-cepat memalingkan muka walaupun tertengok bahagian di...

Sistem pendidikan perlu 'defederalize'

Saya fikir sudah sampai masa sistem pendidikan negara perlu defederalize. Tanpa menafikan keperluan pendidikan diseragam dalam perkara...

bottom of page