Ini adalah pendapat yang terlalu peribadi. Antara semua tulisan di sini yang bersifat pandangan peribadi, saya fikir ini adalah yang paling peribadi. Saya amat tidak berani menulis hal sebegini. Maka, ia adalah tetap menjadi pandangan peribadi.
Salah satu kaedah kita memahami bagaimana awal pembentukan komuniti Islam di tanah Arab, adalah dengan meneliti sejarah secara terperinci. Ia adalah permulaan bagaimana sesuatu masyarakat kecil yang berubah secara sosial, sehinggalah mereka menerima agama Islam sepenuhnya.
Nabi Muhammad tidaklah terus menerima wahyu dengan hanya sekali menyendiri, berfikir, dan menerung masalah sosial yang berlaku di sekeliling baginda. Kita yakin yang baginda bersendirian secara berkala. Setelah beberapa tempoh, barulah wahyu pertama disampai. Mengkaji Al-Qur'an mengikut kronologi penurunan wahyu adalah cerminan kepada keadaan semasa yang terjadi, dan bagaimana Tuhan bermula dengan menekankan betapa pentingnya mambaca (termasuk menerima idea dan mandapatkan gambaran lebih luas).
Proses seterusnya yang dialami oleh baginda tidaklah mudah. Ia bermaksud, dalam kita hendak mengubah sesuatu, kita akan bermula dengan menerima suatu yang baru, yang di luar dari apa yang berlaku pada hari sebelumnya.
Jika kita amati, ayat-ayat Al-Qur'an yang diturunkan di peringkat awal bertemakan pemahaman asas penciptaan manusia dan alam, kepentingan pengetahuan, menangani perubahan baru fasa hidup dengan terus bergantung kepada Tuhan, dan mengubah tingkah laku dalam kehidupan.
Kebanyakan ayat-ayat tidaklah begitu kompleks dan mendalam. Ia adalah mangenai apa yang boleh diubah dengan mudah, terutama tingkah laku. Untuk sesuatu tamadun yang ingin berkembang baik, ini adalah perkara paling asas. Ia lebih melibatkan perubahan individu. Sebagai individu, baginda akan akhirnya menjadi pemimpin, dan sebagai individu yang lain, yang berbaki akan menjadi orang yang dipimpin.
Penekanan terhadap undang-undang, sistem sosial, politik, dan lain-lain datang selepas itu - setelah perkara asas telah bertapak lebih lama di kalangan masyarakat. Hal ini kerana kita sedia tahu yang individu adalah unit asas sesebuah keluarga, dan keluarga adalah unit asas sesebuah komuniti.
Maka, titik-titik gambaran umum kita tentang fasa awal pembentukan tamadun hebat ini boleh juga disambung sekiranya kita melihat susunan ayat Al-Qur'an mengikut kronologi ia diturunkan.
top of page
Recent Posts
See All"Ulama adalah pewaris para nabi." Kenyataan ini mempunyai dasar kukuh kerana ia datangnya dari hadis yang sahih, yang tidak ada keraguan....
9
Biasanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, apabila kita sudah sampai di tahap buntu, kita akan kembali menyemak titik permulaan bagi...
4
Prinsip objektif shariah, secara umumnya masih lagi relevan selagi belum ada pandangan baru yang lebih tepat. Salah satu objektif shariah...
4
bottom of page