top of page
Writer's pictureBen Hasan

Siapa ketua mufti negara?

Updated: Oct 10

  1. Buat masa ini, boleh dikatakan orang Islam tidak sama sekali mempersoal peranan Mufti - kecuali hanya ada beberapa kes terpencil.

  2. Di samping nasihat-nasihat untuk hal urusan hidup harian oleh ustaz, kita dapati peranan Mufti lebih menonjol untuk isu terkini yang lebih mendesak.

  3. Oleh sebab hal-hal yang besar itu melibatkan orang ramai, maka yang memberi nasihat itu adalah mufti yang besar-besar juga.

  4. Pun begitu, di antara mufti-mufti setiap negeri, bilakah masanya negara kita semua boleh diwakili oleh seorang mufti negara? Dalam beberapa isu kebelakangan ini, Mufti Wilayah sering menjadi rujukan, termasuk mufti beberapa negeri lain.

  5. Terdapat kekangan a dari segi undang-undang tubuh negeri mahupun perlembagaan di peringkat persekutuan yang menjadi cabaran.

  6. Boleh jadi dengan iltizam pelbagai pihak, ia dapat dicapai oleh sebab kelebihan memiliki mufti negara ini mengatasi kepayahan lain.

  7. Sistem penggiliran, mengikut negeri mana Yang Di-Pertuan Agong dilantik, boleh menjadi pilihan sistem yang sama untuk melantik mufti negara.


  8. Dengan itu, Majlis Mufti-Mufti akan wujud di mana mereka akan berdebat, bertukar pandangan, dan bersetuju hanya dengan keputusan tunggal. Suatu hari nanti, adalah diharapkan ia menjadi permulaan untuk hal ehwal agama negara ini dipandu oleh hanya satu aliran sunnah yang tulen.


  9. Inilah masanya orang Islam di negara ini dipandu oleh mufti yang sama, dengan hasrat ia menjadi tapak penyatuan semua. Ia juga menjadi wakil negara untuk hubungan luar.

  10. Tidak ada masalah jika negara ini tidak memiliki mufti negara. Namun begitu, sekiranya ada, lebih banyak konflik rumit dapat direda dengan lebih cepat.

  11. Lebih cantik jika kelak Mufti Negara dan Menteri Agama selari pemikirannya - yang sepatutnya memang begitu.


19 views

Recent Posts

See All

Mencari ulama yang 100% pewaris nabi

"Ulama adalah pewaris para nabi." Kenyataan ini mempunyai dasar kukuh kerana ia datangnya dari hadis yang sahih, yang tidak ada keraguan....

bottom of page