Saya fikir sudah sampai masa sistem pendidikan negara perlu defederalize.
Tanpa menafikan keperluan pendidikan diseragam dalam perkara asas, terdapat pertimbangan tertentu yang membolehkan kita mengendur sedikit pemusatan itu.
Saya tidak mengatakan selama ini, pemusatan telah gagal.
Pun begitu, jika kita berhasrat untuk bergerak lebih laju seiring perkembangan, maka autonomi tertentu perlu sedia diberi kepada negeri yang lebih terkehadapan.
Perkembangan status sosioekonomi, kelestarian budaya, kesediaan sumbangan pihak ketiga adalah antara faktor yang boleh dipertimbang.
Wilayah Persekutuan, Selangor, P. Pinang, Johor, Terengganu dan Sarawak sudah boleh menjadi independent untuk menentukan sedikit hala tuju pendidikan mereka.
Antara perkara yang boleh dipertimbang sebagai autonomi kepada negeri-negeri tertentu adalah silibus cabang (bukan induk), peruntukan pembangunan, urusan perlantikan guru yang berkualiti, pengurusan sekolah, dan polisi kecil yang bersesuaian.
Dalam masa yang sama, kerajaan pusat boleh terus menumpu pembangunan fasiliti di negeri-negeri lain.
Defederalizing sistem pendidikan sudah tentu datang dengan baik buruk kesan untuk jangka masa pendek dan panjang. Sudah tentu sebarang pembaharuan perlu dilakukan dengan bijaksana dan berperingkat, di samping meneliti dan bertindak terhadap respon pemegang taruh secara berkala.
Kelebihan pembangunan sosioekonomi sesebuah negeri atau wilayah harus menguntungkan prospek pendidikan untuk membawa kualiti pendidikan negara ke tahap lebih tinggi.
Tiada siapapun boleh menyembunyikan polarisasi sosioekonomi yang telah terjadi di negara ini. Sudah tentu suatu hari nanti kita mula terima yang polarisasi sosioekonomi ada kelebihannya juga.
Sistem pendidikan perlu 'defederalize'
Updated: Aug 22