Orang buta dan orang celik, masing-masing boleh melihat keadilan Tuhan. Tuhan bersifat maha adil ke atas apa pun, mahupun ke atas siapa pun. Keberadaan orang buta di sekeliling kita menerbitkan erti maha keadilan Tuhan buat kita yang celik ini. Menurut laporan, terdapat lebih kurang 40 juta manusia yang dilahirkan buta. Ramaikah 40 juta orang itu berbanding jumlah penduduk dunia? Ia adalah hanya 0.5 %. Namun, 40 juta orang ini - jika dinisbahkan kepada populasi penduduk sesebuah negara - ia hampir kepada penduduk negara Afghanistan atau Arab Saudi. Tetapi, tetaplah Tuhan maha adil. Tidak terfikir pula kita gambaran keseluruhan jika semua orang buta ini berada di sebuah negara, hanya untuk memudahkan saki baki orang yang celik di dunia ini. Orang-orang buta ini - walaupun hampir 40 juta orang jumlahnya - berada di kalangan kita, di sekeliling semua orang celik di pelusuk dunia. Hanya dengan ini amat diharap keberadaan orang buta ini, mencelikkan kita yang Tuhan itu maha adil - kepada yang buta, dan kepada yang celik.
top of page
Recent Posts
See AllSaya pernah terdengar perbualan dua pekerja asing di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini. Berdasarkan pemerhatian pada...
11
Perhaps there are moments in your life when your definition of career, friendship, and life wisdom begins to fade and collapse. Then,...
16
Tempat rehat. Semua orang mahu berehat selepas betul-betul keletihan. Harga tempat rehat itu malangnya ditentukan oleh kita sekadar mana...
3
bottom of page